Kementerian Belia dan Sukan kini berkongsi mengatakan sedang membangunkan sebuah garis panduan berkenaan pengawal-seliaan esukan, dan bakal dilancarkan pada tahun 2022 ini.

Garis panduan ini dijangka bakal mewujudkan persekitaran arena esukan yang selamat kepada para penggiat esukan.

Ini juga dijangka akan membawa kepada sistem pentadbiran dan peraturan esukan yang lebih mampan – sekaligus melahirkan lebih ramai pemain esukan yang bertanggungjawab.

Buat masa ini, garis panduan berkenaan sedang dirangka dengan kerjasama agensi dan juga kementerian berkaitan, termasuk pemain dan pasukan profesional.

Sohor Kini