E3 merupakan salah satu acara tahunan yang dinantikan para peminat permainan video, dimana melalui acara berkenaan pelbagai permainan dan perkembangan baharu dikongsikan.

Pada awal tahun ini, E3 2022 telah dikatakan akan diadakan secara digital sahaja disebabkan oleh pandemik Covid-19. Namun, kini penganjurnya dilihat membatalkan sepenuhnya acara tahunan berkenaan secara digital – sekaligus membuatkan tiada sebarang acara E3 akan dianjurkan pada tahun 2022 ini.

Apa pun, pihak penganjurnya mengatakan acara berkenaan mungkin kembali pada tahun 2023 kelak.

Sohor Kini