Rovio hari ini telah memperkenalkan permainan klasik mereka untuk Android dan iPhone, iaitu Rovio Classics: Angry Birds.

Permainan ini adalah terbitan semula permainan asal Angry Birds yang telah diperkenalkan pada 2012 lepas, dan membawa kembali semua tahap permainan seperti pada permainan asalnya.

Sebelum ini, permainan asalnya telah dibuang daripada kedai aplikasi pada 2019 lepas, dan kini Rovio membawa kembali permainan berkenaan disebabkan oleh permintaan tinggi dikalangan peminat.

Rovio Classics : Angry Birds ini menggunakan enjin Unity, dan membawakan enjin permainan moden berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, permainan ini boleh didapati pada harga RM3.90 di iPhone atau RM4.49 di Android.

Sohor Kini