Coffee Talk adalah permainan visual novel yang dibangunkan oleh Toge Production iaitu studio permainan video dari Indonesia. Mohammad Fahmi Hasni merupakan penulis dan pencipta bersama untuk permainan ini dan beliau baru sahaja meninggal dunia pada 28 Mac yang lepas.

Bagi meringankan beban untuk keluarga Fahmi dan memperingati beliau, Toge Production telah menawarkan permainan Coffee Talk dengan potongan harga 32% bermula 31 Mac 2022 sehingga 4 April 2022 dan setiap pendapatan ketika tempoh ini akan disumbangkan kepada keluarga beliau.

Jika anda ingin membantu dan menyumbang, anda boleh lakukannya dengan membeli permainan ini di Steam dengan harga RM30 sahaja. Andai kata anda sudah memilikinya, dan masih ingin membantu anda mungkin menjadikan ia sebagai satu hadiah.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Coffee Talk di pautan ini; Ulasan Coffee Talk – Pahit Manis Kehidupan.

Sohor Kini