Death Stranding Director’s Cut Kini Dilancarkan Untuk PC

Seperti yang diumumkan oleh 505 Games dan Kojima Productions pada awal tahun ini, Death Stranding Director’s Cut untuk PC akhirnya dilancarkan melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Ia ditawarkan dengan harga RM159 dan bagi yang sudah memiliki permainan asal boleh naik taraf dengan harga RM42.

Death Stranding Director’s Cut sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada tahun lepas, dan ia menyertakan pelbagai penambahan seperti peralatan, mod dan juga penceritaan. Anda boleh baca lanjut melalui pautan ini, ataupun tonton video pengenalan untuknya di bawah.

Sohor Kini