Streamline Media Group telah mengumumkan pelantikan Gabriel Pessah ke dalam pasukan pengurusan mereka sebagai Penasihat Strategik. Beliau akan bertanggungjawab untuk hadir dengan strategi untuk mengembangkan lagi syarikat mereka, antara fokus utama adalah metamesta, NFT dan Web3.

Sebelum menyertai Streamline, Gabriel Pessah adalah Pengarah Kanan untuk Strategi dan Pembangunan di PlayStation, sebelum meninggalkan syarikat tersebut pada tahun 2020 untuk menyertai ProbablyMonsters iaitu syarikat induk bagi Firewalk Studios yang terdiri daripada bekas pembangun Destiny.

Ini bukanlah pertama kali bekas eksekutif PlayStation menyertai Streamline, Shawn Layden iaitu bekas CEO untuk Sony Interactive Entertainment America, pada tahun lepas telah menyertai Lembaga Penasihat untuk Streamline Media Group.

Streamline Media Group yang merupakan syarikat induk kepada 5 studio permainan video yang kesemuannya bertempat di Malaysia iaitu All Pixels, Streamline Studios, Streamline Games, Day Zero dan Streamframe.

Sohor Kini