Sky Mavis Ltd iaitu penerbit untuk permainan kripto popular Axie Infinity telah mengatakan yang pada 23 Mac lepas, penggodam telah mencuri kriptowang bernilai lebih RM2.1 bilion daripada rangkaian mereka iaitu Ronin Network yang digunakan oleh permainan tersebut.

Penggodam telah mengambil 173,600 ether dan 25.5 juta USDC daripada akaun-akaun pengguna yang menggunakan platform tersebut. Mereka mengatakan yang ia diceroboh melalui kejuruteraan sosial berbanding masalah teknikal rangkaian mereka.

Mereka juga mengatakan yang kriptowang yang dicuri masih lagi berada di dompet digital penggodam dan mereka sedang bekerjasama dengan firma Chainalysis untuk menjejak kriptowang tersebut dan juga bekerjasama dengan pihak berwajib untuk menjadikan ia sebagai satu kes jenayah.

Axie Infinity adalah permainan mengumpul haiwan yang secara sendirinya merupakan satu NFT dan boleh dijual serta dibeli menggunakan kriptowang. Ia juga permainan yang menggunakan konsep main untuk menjana pendapatan.

Sohor Kini