Wall Street Journal telah melaporkan yang kerajaan China bakal memperkenalkan beberapa kawalan untuk industri penstriman langsung, antara fokus utama mereka adalah sumbangan daripada penonton kepada strimer yang merupakan salah satu cara utama untuk mereka menjana pendapatan.

Platform seperti TikTok sendiri menyediakan sistem tersendiri untuk memudahkan proses ini melalui pemberian ‘gift’ yang akan diubah menjadi wang ringgit. Berdasarkan laporan tersebut, kerajaan China ingin menghadkan seorang strimer untuk menerima 10,000 yuan atau RM6,600 sahaja sehari.

Antara alasan yang diberikan adalah untuk mengelak daripada penipuan, ketagihan penggunaan telefon pintar dan tabiat berbelanja secara dalam talian yang tidak sihat. Kawalan-kawalan seperti ini bukanlah sesuatu yang luar biasa di China, mereka sebelum ini telah menghadkan jumlah masa remaja berumur bawah 18 tahun boleh bermain permainan dalam talian.

Sohor Kini