Pas Semusim Baharu Untuk Anno 1800 Diumumkan, Menyertakan Tiga DLC

Ubisoft telah mengumumkan yang permainan simulasi pengurusan bandar Anno 1800 akan menerima Pas Semusim untuk musim keempat. Ia akan menyertakan tiga DLC iaitu Seeds of Change, Empire of the Skies dan New World Rising.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

DLC pertama iaitu Seeds of Change akan dikeluarkan pada 12 April ini yang memfokuskan kepada kandungan berdasarkan tanaman. Manakala DLC kedua iaitu Empire of Skies memfokuskan kepada penggunaan kapal udara akan tiba pada suku ketiga tahun ini. Akhir sekali, New World Rising akan menawarkan pulau baharu dan akan tiba lewat tahun 2022.

Pas semusim ini boleh didapatkan secara berasingan, ataupun bersama dengan permainan jika anda masih tidak memilikinya, melalui Complete Edition yang menawarkan pas semusim untuk musim ini dan juga musim-musim lepas ataupun Gold Edition yang menawarkan pas semusim ini sahaja.

Bersempena dengan pelancaran Seeds of Change kelak, Ubisoft juga telah mengumumkan yang pemain boleh mencuba Anno 1800 secara percuma buat masa terhad iaitu bermula pada 12 April sehingga 19 April 2022.

Anno 1800 sudah dikeluarkan untuk PC dan boleh didapati melalui Ubisoft Store dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini