Melalui pengenalan musim baharu untuk Fortnite, mereka telah membuang fungsi membina di dalam sesi permainan kecuali untuk kompetitif dan Arena. Terkini, Epic Games telah mengumumkan nama rasmi untuk mod tersebut iaitu Zero Build.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Buat masa ini Zero Build adalah satu-satunya mod yang ditawarkan untuk sesi permainan kasual, akan tetapi berkemungkinan besar mod biasa yang mempunyai pembinaan akan kembali sebagai mod lalai, manakala zero build akan menjadi mod yang boleh dipilih oleh pemain.

Selepas pengenalan sesi permainan tanpa membina ini ia telah menerima reaksi yang positif daripada pemain berpengalaman dan juga pemain baharu yang mengatakan ia menjadikan sesi permainan lebih menarik. Namun, bagi yang suka membina, ia sudah semestinya satu kekurangan.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini