Blizzard telah berkongsi maklumat lanjut untuk permainan mudah alih Diablo Immortal yang buat masa sekarang masih tidak mempunyai tarikh pelancaran. Perkongsian kali ini memfokuskan kepada dua bahagian iaitu kosmetik dan juga pertukaran kelas.

Diablo Immortal akan menyertakan barangan kosmetik yang akan memberi kesan bagaimana watak kelihatan sahaja dan ia tidak mempunyai sebarang kelebihan di dalam permainan. Sesuatu set kosmetik juga akan kelihatan berbeza mengikut kelas watak pemain.

Barangan kosmetik ini akan ditawarkan melalui Battle Pass, secara percuma dan ada juga boleh dibeli melalui kedai di dalam permainan.

Selain itu, pemain juga boleh mengumpul Legendary Gems yang akan memberikan kesan tambahan kepada barangan kosmetik. Ia juga berbeza mengikut kelas.

Bagi pertukaran kelas pula, pemain boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja dan segala kemajuan akan dibawa kecuali Legendary Gems yang perlu dikumpul semula. Pemain juga boleh kembali kepada kelas yang sebelum ini.

Diablo Immortal akan dikeluarkan untuk iOS dan Android. Sesi pra-pendaftaran sudah dibuka di Play Store, di App Store ia tidak dibuka untuk pemain di Malaysia tetapi anda boleh lakukan di laman rasmi mereka.

Sohor Kini