Nintendo melalui Eiji Aonuma iaitu penerbit untuk siri permainan Legend of Zelda telah berkongsi satu pengumuman ringkas mengenai perkembangan terbaru mengenai permainan susulan The Legend of Zelda: Breath of the Wild.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Secara ringkasnya, walaupun mereka menyasarkan pelancaran pada tahun ini, akan tetapi dengan permainan ini menawarkan dunia yang lebih luas, termasuk juga di kawasan tinggi, mereka memerlukan lebih masa untuk membangunnya.

Tarikh baharu yang diumumkan adalah musim bunga pada tahun hadapan, yang boleh dikatakan sebagai hujung suku pertama ataupun sekitar suku kedua tahun 2023. Beliau juga meminta maaf kerana membuatkan pemain menunggu lebih lama.

Permainan susulan The Legend of Zelda: Breath of the Wild akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Sohor Kini