Seperti yang diura-urakan sebelum ini, PlayStation akhirnya mengumumkan secara rasmi pakej langganan baharu untuk PlayStation Plus yang boleh dikatakan sebagai jawapan Sony untuk penawaran oleh Microsoft melalui Xbox Game Pass.
Mereka telah mengumumkan tiga pakej langganan baharu seperti berikut;
Di negara-negara yang menyokong PS Now, mereka mempunya PlayStation Plus Premium yang turut menyertakan sokongan penstriman permainan termasuk juga permainan PS3 berbanding Deluxe setakat PS2 sahaja dan tanpa penstriman.
Pakej langganan baharu ini akan bermula pada bulan Jun, pelanggan sedia ada akan bermula di PlayStation Plus Essentian tanpa bayaran tambahan, dan akan mengikut baki langganan jika ingin naik taraf.