Respawn Entertainment kini akhirnya mengeluarkan kemaskini yang dinantikan oleh para pemain Apex Legends pada PlayStation 5 dan juga Xbox Series X/S – iaitu versi yang dioptimasikan untuknya.

Melalui kemaskini baharu ini, para pemai Apex Legends boleh menikmati sokongan output sehingga resolusi 4K, disamping menyokong kadar segar semula 60Hz bersama dengannya. Dengan kadar resolusi tinggi, pemain juga akan dapat nikmati bentuk grafik yang lebih jelas dan jitu.

Apa pun, sokongan 120fps dijangka hanya akan hadir pada kemaskini akan datang untuk Apex Legends pada konsol.

Bagi anda yang menggunakan konsol PS5 dan juga Xbox Series X/S, boleh nikmati kemaskini Apex Legends terbaru ini hari ini.

Sohor Kini