Permainan RPG terbaru daripada Bandai Namco, iaitu OnePiece Odyssey kini disahkan bakal hadir ke platform PC, PlayStation dan Xbox pada tahun ini.

Permainan ini berdasarkan siri lanun mencari harta karun popular, One Piece, dan mengambil latar di sebuah kepulauan misteri yang mengetengahkan pelbagai cabaran dan perlu kalahkan ramai musuh untuk kekal selamat.

Pemain dijangka akan dapat mengawal pelbagai watak dalam permainan ini – termasuk watak utama Monkey D Luffy, selain Zoro, Usopp, Sanji, dan sebagainya.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan lagi.

Sohor Kini