PUBG kini berkongsi mengatakan bakal hadir dengan peta permainan baharu dinamakan “Kiki” pada tahun ini, sekitar Julai ke September ini.

Untuk makluman, perancangan peta ini telah dikongsikan sejak 2021 lepas. Kiki menawarkan gabungan lokasi yang besar dengan pelbagai persekitaran berbeza – dari segi bandar yang sesak dan futuristik, padang rumput, dan pelbagai bentuk muka bumi lain.

Kiki akan menawarkan saiz 8×8, dan turut menyertakan kenderaan air dan udara “Airboat”, selain beberapa kandungan tambahan lain.

Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan pengenalan peta permainan Kiki pada PUBG tidak lama lagi.

Sohor Kini