Pada tahun 2021, EA telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan simulasi Golf iaitu PGA Tour, mereka ada berkongsi perkembangan terbaru mengenai permainan tersebut sebelum ini akan tetapi tidak pernah mengesahkan tarikh pelancaran.
Melalui perkongsian terbaru, mereka akhirnya mengumumkan yang PGA Tour disasarkan untuk dikeluarkan pada suku kedua tahun 2023, lebih lewat berbanding jangkaan sebelum ini yang mengatakan ia akan tiba pada tahun ini.
Permainan ini akan menyertakan pelbagai kejohanan dan akan menjadi satu-satunya tempat untuk bermain kejohanan tersebut, antaranya adalah Masters Tournament, PGA Championship, U.S. Open Championship dan The Open Championship. Ia juga akan menyertakan padang-padang golf popular termasuk juga pemain golf terkenal.