EA dan Respawn Entertainment telah mengumumkan acara masa terhad baharu iaitu Warriors Collection Event akan berlangsung pada 29 Mac sehingga 12 April ini. Ia akan menawarkan kembalinya mod 9v9 Control, peta Arena baharu dan juga barangan kosmetik khas.

Mod Control akan turut menerima Caustic Treatment di Kings Canyon yang akan mempunyai lebih banyak pelindung, ziplines, dan pelancar. Peta arena baharu adalah Drop-Off yang akan bertempat di Hammond Manufacturing Tower iaitu di menara Malta.

Bagi pengumpul, acara ini akan memperkenalkan 24 barangan kosmetik berdasarkan acara ini, kumpul semua dan akan mendapat Heirloom untuk Crypto. Pemain juga akan mendapat Reward Tracker untuk mendapat barangan lain.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang tetapi versi khusus akan tiba tidak lama lagi. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini