Acara Steam Next Fest Seterusnya Akan Berlangsung Pada Bulan Jun Ini

Steam Next Fest iaitu acara yang dianjurkan oleh Steam untuk memberi peluang kepada pemain mencuba ratusan demo permainan secara percuma akan kembali buat kali kedua untuk tahun ini melalui Steam Next Fest: June Edition.

Ia akan bermula pada 13 Jun sehingga 20 Jun, seperti biasa selain mencuba demo, penstriman langsung untuk berkongsi lanjut mengenai sesuatu permainan juga akan dianjurkan, termasuk juga temubual bersama dengan pembangun.

Steam Next Fest pertama bagi tahun ini baru sahaja selesai dianjurkan pada awal bulan ini, dan anda boleh boleh baca senarai 10 demo permainan menarik dan berharap ia akan ditawarkan lagi pada acara Steam Next Fest seterusnya.

Sohor Kini