Ubisoft telah mengumumkan musim baharu untuk siri podsiar Assassin’s Creed Echoes of History, di mana musim pertama tiba pada tahun 2020 memfokuskan kepada Vikings. Musim baharu yang menggunakan judul Ragnarok akan memperlihatkan secara lanjut mitologi Norse.

Podsiar ini dihasilkan dengan kerjasama dengan Paradiso Media bersama dengan pakar-pakar di dalam mitologi ini, dan Lance Geiger yang juga dikenali sebagai ‘The History Guy’ akan menjadi hos.

Siri ini akan mempunyai 5 episod yang setiapnya adalah 15 minit, dan anda boleh mendengarnya di mana-mana platform podsiar dan boleh diakses melalui pautan ini.

Sohor Kini