EA sebelum ini sedia diperkatakan mugkin tidak akan menggunakan penjenamaan FIFA pada permainan simulasi bola sepak mereka, kerana tidak bersetuju dengan nilai pelesenan yang perlu dibayar, serta beberapa perkara lain.

Lanjutan daripadanya, kini hadir laporan baharu mengatakan EA mungkin menamakan siri permainan bola sepaak mereka sebagai “EA Sports Football Club” atau “EA Sports FC”.

Dengan penjenamaan tersendiri, EA juga dilihat mungkin mempunyai kebebasan dalam memperkenalkan sejumlah mod permainan baharu, selain pembangunan ekosistem yang lebih meluas. Buat masa ini, perjanjian dengan pihak FIFA bersama EA dijangka akan tamat pada tahun ini, dan mungkin tidak diperbaharui kerana permintaan nilai pelesenan yang hampir sekali ganda.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah nama baharu permainan bola sepak EA ini kelak.

Sohor Kini