Rockstar kini telah memperkenalkan sebuah pelan langganan baharu, dinamakan GTA+, sekaligus meawarkan beberapa perkara tambahan kepada para pemain GTA Online.

Melalui pelan langganan bulanan ini, para pemain GTA Online akan menerima wang maya sebanyak $500,000 setiap bulan, menerima naik-taraf untuk kenderaan, serta sejumlah bonus dalam permainan lain. Beberapa diskaun khusus turut disediakan untuk pelanggan GTA+ ini.

GTA+ ini ditawarkan secara eksklusif pada PlayStation 5 dan juga Xbox Series X|S.

Rockstar mengatakan setiap bulan, pelanggan GTA+ akan menerima ganjaran eksklusif khusus, termasuk beberapa kandungan yang tidak diterima pemain biasa.

GTA+ ini ditawarkan pada harga $5.99 sebulan, bermula 29 Mac 2022.

Sohor Kini