Bloomberg telah melaporkan yang PlayStation akan melakukan pengumuman mengenai perkhidmatan langganan baharu mereka minggu depan. Seperti mana kami laporkan pada akhir tahun lepas, langganan baharu ini adalah jawapan PlayStation untuk perkhidmatan langganan oleh Xbox iaitu Game Pass.

Perkhidmatan baharu ini dikatakan akan menyertakan tiga tahap iaitu tahap pertama menyertakan PS Plus seperti sedia ada, tahap dua yang menyertakan koleksi permainan PlayStation 4 dan PlayStation 5 manakala tahap seterusnya akan juga menyertakan penstriman serta permainan klasik dari PS ke PSP.

Namun, menurut laporan tersebut lagi, tidak seperti Game Pass yang menyertakan kesemua permainan oleh Xbox Game Studios pada hari pelancaran, PlayStation akan hanya menyertakan permainan-permainan lepas dan permainan baharu akan terus ditawarkan seperti biasa.

Sohor Kini