Nova Corps adalah organisasi pihak berkuasa seakan polis di antara galaksi. Mereka mula muncul dalam filem Guardians of the Galaxy, tetapi hero terkenal dalam komik iaitu Nova atau nama sebenar Richard Rider tidak muncul dalam filem tersebut.
Nova sudah lama dikhabarkan akan muncul dalam filem MCU, namun masih tiada khabar. Dengan dunia MCU semakin berkembang melalui filem di pawagam serta melalui filem dan siri TV untuk Disney+ – akhirnya ada berita menarik mengenai kehadiran Nova dalam MCU.
Terkini Sabir Pirzada iaitu penulis skrip untuk siri TV Moon Knight telah dilantik untuk menulis skrip Nova. Namun masih tidak pasti adakah ia projek siri TV atau filem. Nova dalam komik banyak terlibat dengan Skrull dan dengan MCU sudah pun memperlihatkan Skrull dalam Captain Marvel, Spider-Man: Far From Home dan kelak dalam siri TV Secret Invasion – ia adalah satu tetapan baik untuk memperkenalkan watak ini.
Nova adalah individu yang mempunyai kuasa adi-manusia seperti gila kuat, boleh terbang dan tidak boleh rasa sakit. Sama-sama kita nantikan ketibaan Nova dalam MCU dan harapkan ia tidak akan terkubur.