Epic Games Store meneruskan lagi penawaran permainan percuma mingguan mereka dengan menawarkan satu permainan bagi minggu ini, iaitu Demon’s Tilt yang boleh dimuat turun bermula sekarang sehingga 31 Mac 2022.

Demon’s Tilt adalah permainan pinball digital yang dibangunkan oleh Adam Ferrando dan diterbitkan oleh FLARB, LLC pada tahun 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Selepas tawaran Demon’s Tilt berakhir, Epic Games Store akan menawarkan dua permainan percuma iaitu City of Brass dan Total War: Warhammer pada 31 Mac 2022.

Selain itu, Epic Games Store juga kini sedang menganjurkan jualan promosi bersempena dengan musim bunga yang menawarkan pelbagai permainan dengan lebih murah. Antara permainan yang menarik adalah seperti berikut;

  • Kena Bridge of Spirits – RM45.49
  • Far Cry 6 – RM94.50
  • Horizon Zero Dawn Complete Edition – RM104.50
  • Hades – RM26.64
  • Disco Elysium – RM24.79
  • Deathloop – RM89.99

Jualan promosi ini akan berlangsung sehingga 7 April dan anda boleh layari pautan ini untuk senarai penuh tawaran.

Sohor Kini