Gran Turismo 7 merupakan permainan yang sentiasa memerlukan sambungan internet walaupun bermain secara berseorangan. Oleh itu, apabila pelayan mengalami pada minggu-minggu lepas, pemain tidak lagi dapat mengakses permainan tersebut.

Dengan permainan baru sahaja dilancarkan, dan masih ramai pemain masih lagi sedang aktif bermain, ia adalah satu perkara yang telah menerima kritikan ramai. Tambahan pada itu, melalui kemaskini yang baru sahaja tiba untuk permainan tersebut, ia juga telah lebih menyukarkan pemain untuk mengumpul kredit yang boleh digunakan untuk membeli kereta dan juga mempertingkatkan tahap.

Sebagai permohonan maaf daripada Polyphony Digital, Presiden mereka Kazunori Yamauchi telah berkongsi kemaskini untuk permainan tersebut di PlayStation Blog. Pertama mereka mengatakan akan memberikan 1 juta kredit kepada semua pemain yang terkesan, pemain perlu log masuk sebelum 25 April untuk menebusnya.

Selain itu, mereka juga mengatakan yang bermula pada bulan April, Gran Turismo 7 akan menerima kemaskini untuk lebih memudahkan pemain untuk mendapatkan kredit. Antaranya adalah meningkatkan ganjaran di World Circuits sehingga 100%.

Manakala bagi kemaskini yang masih tidak menerima sebarang tarikh, akan menyertakan fungsi baharu termasuk juga membolehkan pemain untuk menjual kereta-kereta yang dimiliki.

Gran Turismo 7 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5, anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Gran Turismo 7 – Permainan Simulasi Lumba Kereta Yang Mendalam.

Sohor Kini