Bagi yang sudah bermain permainan The Last of Us, Henry dan Sam adalah dua watak yang walaupun bukan watak utama akan tetapi mereka memainkan peranan penting untuk satu cabang penceritaan, mereka juga adalah watak yang memberi impak kepada perhubungan di antara Joel dan Ellie.

Melalui perkongsian di laman media sosial, akaun Twitter NaughtyDogInfo telah berkongsi satu gambar dan juga video yang memperlihatkan Joel lakonan Pedro Pascal dan Ellie lakonan Bella Ramsey bersama dengan dua orang lagi pelakon yang berkemungkinan besar adalah Henry dan Sam.

Buat masa ini pelakon untuk kedua-dua watak tersebut masih tidak diumumkan lagi. Siri TV The Last of Us akan disiarkan di HBO yang dijangka bermula pada tahun 2023.

Sohor Kini