Washington Post telah melaporkan yang pasukan esukan terkemuka iaitu G2 Esports telah memfailkan saman terhadap syarikat teknologi yang memfokuskan kepada rantaian blok dan NFT iaitu Bondly dengna permintaan pampasan lebih $5 juta.

Berdasarkan kontrak yang diperlihatkan di dalam saman tersebut, G2 dan Bondly telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama selama 2 tahun di mana Bondly akan mengeluarkan serta menjual NFT berdasarkan pasukan tersebut.

Melalui perjanjian tersebut G2 dikatakan akan mendapat bayaran permulaan sebanyak $1.25 juta yang akan dibayar secara ansuran dan juga bayaran sebanyak $2 juta setiap tahun untuk mendapat hak kepada pelbagai imej, video dan audio yang kemudiannya boleh ditukar menjadi NFT.

G2 mengatakan yang apabila mereka menghantar invois pertama kepada Bondly, berbanding melakukan pembayaran, Bondly mengatakan yang mereka tidak dapat menjayakan kerjasama ini dan cuba untuk menangguhkan dulu perjanjian akan tetapi ia telah ditolak oleh G2. G2 juga mengatakan yang Bondly dari awal lagi mengetahui yang kerjasama tersebut tidak akan berjaya.

Sohor Kini