Pengasas Rocksteady Studios, Sefton Hill, telah berkongsi di Twitter peribadi beliau yang mengatakan permainan Suicide Squad: Kill the Justice League yang sepatutnya tiba pada tahun ini telah ditunda ke pertengahan pertama tahun depan.

Beliau juga mengatakan yang penundaan adalah satu perkara yang mengecewakan akan tetapi masa yang lebih ini akan digunakan untuk mempertingkatkan lagi kualiti permainan ini.

Suicide Squad: Kill the Justice League adalah permainan aksi pengembaraan penembak yang boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain koperasi sebanyak empat pemain serentak.

Penceritaan permainan ini akan bertempatkan di dunia terbuka Metropolis di mana pasukan Suicide Squad akan bertempur dengan Justice League yang telah menjadi jahat. Seperti biasa, Suicide Squad dilengkapi dengan bom di kepala mereka untuk mengikut arahan Amanda Waller.

Suicide Squad: Kill The Justice League dibangunakan oleh Rocksteady Studios yang bertanggungjawab untuk siri Arkham sebelum ini. Ia diumumkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini