505 Games telah mengumumkan pelancaran untuk DLC terbaru bagi permainan simulasi lumba kereta Assetto Corsa Competizione iaitu Challengers Pack. Ia akan menyertakan lima kereta termasuk juga Audi R8 LMS GT3 Evo II yang akan dipandu oleh Valentino Rossi ketika Fanatec GT World Challenge Europe, kereta ini akan hadir dengan hiasan untuknya.

Selain itu, berikut adalah senarai penuh kereta yang disertakan;

  • Audi R8 LMS GT3 EVO II
  • BMW M2 CS Racing
  • Ferrari 488 GT3 Challenge Evo
  • Lamborghini Huracan Super Trofeo EVO 2
  • Porsche 911 GT3 Cup (Type 992)

DLC ini ditawarkan dengan harga RM50 di Steam dan anda memerlukan permainan asal untuk menggunakannya.

Assetto Corsa Competizione sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC, namun buat masa ini DLC hanya dikeluarkan untuk PC.

Sohor Kini