Netflix Malaysia telah mengumumkan yang siri anime Detective Conan: Zero’s Tea Time akan disiarkan di Netflix bulan Julai ini. Ia merupakan anime berdasarkan manga sampingan untuk Detective Conan di mana ia memfokuskan kepada watak Toru Amuro.

Ia ditulis dan dilukis oleh Takahiro Arai dan diselia oleh Gosho Aoyama iaitu pencipta asal untuk Detective Conan. Manga Detective Conan: Zero’s Tea Time telah dikeluarkan di Weekly Shonen Sunday sejak tahun 2018 dan anime ini akan mula disiarkan pada bulan April di Jepun.

Sohor Kini