Krafton, kini mengumumkan kerjasama dengan Solana Labs, dan mengatakan akan mmenyokong pembangunan dan pemasaran permainan berasaskan rantaian-blok Solana.

Solana merupakan salah satu rantaian-blok popular disebabkan oleh prestasinya yang pantas, selain turut mengintegrasikan ciri terpencar dan sekuriti.

Kerjasama ini turut akan melihat kedua-dua syarikat membangunkan dan mengoperasikan rantaian-blok dan NFT untuk permainan.

Pengumuman ini juga selari dengan apa yang telah dikongsikan Krafton, mengatakan mereka akan turut menyertai arena web3 dan juga NFT. Krafton turut telah melabur pada beberapa platform web3, dan metamesta sehingga kini.

Sohor Kini