Bandai Namco telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan acara kolaborasi untuk dua permainan mereka iaitu Scarlet Nexus dan juga Tales of Arise. Melalui acara ini, setiap permainan akan menerima kandungan berdasarkan permainan yang lain.

Antara yang diacah adalah Scarlet Nexus akan menerima barangan kosmetik seperti topeng yang dipakai oleh Alphen dan juga pedang Blazing Sword. Manakala Tales of Arise akan menerima pedang Myoho Muramasa yang digunakan oleh Yuito.

Maklumat lanjut mengenai acara kolaborasi ini akan diumumkan kemudian.

Scarlet Nexus dan Tales of Arise sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuk Scarlet Nexus di pautan ini; Ulasan Scarlet Nexus – Satu Kejutan Oleh Bandai Namco.

Sohor Kini