PlayStation telah mengumumkan yang kemaskini untuk sistem operasi buat PlayStation 5 dan PlayStation 4 akan mula tiba untuk pemilik konsol tersebut. Melaluinya ia akan menyertakan fungsi untuk membuka dan juga menyertai Parties, bersama dengan penambah-baikkan antaramuka untuk Game Base dan Trophy Cards.

Selain itu, fungsi menyertai Parties ini juga boleh dilakukan melalui aplikasi PlayStation di iOS dan Android. Membolehkan pemain berkomunikasi dengan rakan walaupun tidak berada dekat dengan konsol PlayStation.

Manakala bagi kemaskini yang akan tiba di masa hadapan, PlayStation mengatakan yang sokongan untuk kadar segar semula boleh ubah (Variable Refresh Rate) akan tiba dalam masa beberapa bulan lagi. Melalui fungsi ini, ia akan membantu untuk mengurangkan masalah grafik seperti screen tearing di TV dan juga monitor yang menyokongnya.

Mereka mengatakan yang fungsi ini boleh digunakan di semua permainan walaupun yang tidak menyokongnya secara rasmi, namun jika bermasalah, ia boleh ditutup.

Sohor Kini