Pada tahun 2020, Disney dan Kabam telah memperlihatkan permainan mudah alih baharu iaitu Disney Mirrorverse, pada waktu itu ia dilancarkan dengan terhad dan terbuka untuk percubaan secara tertutup. Kini, hampir 2 tahun kemudian, mereka telah melancarkan sesi pra-pendaftaran secara rasmi melalui laman rasmi untuknya.

Mereka juga telah berkongsi treler pengumuman yang anda boleh tonton di bawah.

Disney Mirrorverse adalah permainan aksi RPG yang menyertakan pertempuran secara masa nyata, watak akan menyerang secara automatik, pemain boleh mengawal kuasa yang digunakan. Pemain juga boleh mengumpul pelbagai watak daripada Disney.

Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran, akan tetapi dengan melakukan pra-pendaftaran anda akan menerima pesanan apabila ia dikeluarkan dan juga pelbagai ganjaran. Jika berminat, ia boleh dilakukan di pautan ini.

Sohor Kini