Rune Factory 5 Kini Dikeluarkan Untuk Nintendo Switch

Xseed Games akhirnya melancarkan permainan baharu untuk siri popular Rune Factory iaitu Rune Factory 5 secara global. Permainan ini sebelum ini telah dilancarkan di Jepun, dan selepas tertunda daripada dikeluarkan pada tahun lepas, ia kini dikeluarkan secara rasmi untuk Nintendo Switch.

Ini adalah permainan baharu untuk Rune Factory selepas 9 tahun tanpa permainan baharu di mana Rune Factory 4 dikeluarkan pada tahun 2012 dengan versi penambah-baikkan iaitu Rune Factory 4 Special dikeluarkan pada tahun 2019.

Di dalam permainan ini, pemain boleh menjadi watak lelaki ataupun watak perempuan yang hilang ingatan di satu kampung. Di situlah kehidupan baharu bermula, seperti permainan Rune Factory sebelum ini, pemain boleh bercucuk tanam, lawan pelbagai haiwan liar dan juga menjalinkan hubungan dengan penduduk kampung.

Sohor Kini