SCRYSoft dan Dear Villagers telah mengumumkan yang permainan RPG Edge of Eternity akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 di Malaysia pada 5 April ini dengan versi fizikal akan tiba pada suku ketiga tahun ini. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

Edge of Eternity sudah dikeluarkan untuk PC sejak tahun lepas, dan dikeluarkan untuk konsol pada Februari lepas tetapi pertama kali tiba di Malaysia secara rasmi bulan depan.

Anda boleh tonton video bentuk permainan di bawah.

Edge of Eternity dibangunkan oleh Midgar Studio, dan berdasarkan beberapa ulasan ia adalah satu permainan yang menarik dengan membawa penceritaan yang berpotensi.

Sohor Kini