Counterplay Games dan Gearbox Publishing sebelum ini melancarkan permainan Godfall pada tahun 2020 secara eksklusif untuk PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store, sebelum ia turut tiba di PlayStation 4 setahun kemudian.
Terkini, mereka telah mengumumkan yang Godfall akan turut dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan juga Steam pada 7 April 2022 melalui versi Godfall Ultimate Edition yang akan menyertakan kesemua kemaskini termasuk juga DLC yang tiba sebelum ini, dan kemaskini akan datang iaitu Exalted.
Dari segi sokongan rentas platform, ia hanya menyokong sesi permainan bersama untuk keluarga konsol yang sama iaitu PS4 dengan PS5, Xbox One dengan Xbox Series dan Steam dengan Epic Games Store.
Godfall adalah permainan “looter slasher” yang mempunyai rekaan grafik baik akan tetapi menerima kritikan kerana tidak menyediakan kandungan yang berkualiti.