Nintendo Switch telah menerima kemaskini sistem operasi terbaru bermula hari ini iaitu kemaskini versi 14.0.0, ia menyertakan dua penambahan utama iaitu menyokong fungsi folder dan juga mengawal volume untuk set fon nirwayar.

Bagi fungsi folder, iaitu Nintendo memanggilnya sebagai Group membolehkan pengguna untuk menghasilkan folder bagi permainan-permainan dan juga perisian yang ada di dalam Nintedo Switch, akan tetapi ia hanya boleh digunakan apabila pengguna mempunyai lebih daripada 13 aplikasi.

Folder ini juga terhad untuk dipaparkan di bahagian “All Software” sahaja dan tidak boleh diletakkan di bahagian depan yang bagi kami sedikit menyusahkan. Pengguna boleh menghasilkan sehingga 100 folder dengan setiapnya boleh mempunyai 200 aplikasi.

Bagi set fon bluetooth pula, melalui kemaskini ini, ia membolehkan pengguna untuk mengawal volume secara terus di konsol ataupun di set fon kepada itu sendiri. Set fon perlu menyokong fungsi AVRCP untuk membolehkan fungsi ini digunakan.

Kemaskini ini sudah boleh dimuat turun, melainkan anda menutupnya, ia sepatutnya sudah dimuat turun secara automatik.

Sohor Kini