Nintendo dan Cygames telah mengumumkan yang bahagian terakhir untuk penceritaan utama bagi permainan mudah alih Dragalia Lost akan tiba pada bulan Julai kelak, ia akan menjadi pengakhiran untuk penceritaan dan juga permainan itu sendiri.

Mereka mengatakan yang, permainan tersebut akan ditamatkan tidak lama selepas itu akan tetapi tarikh dan maklumat lanjut untuk perkara tersebut akan dikongsikan kemudian.

Dragalia Lost dilancarkan pada tahun 2018, akan tetapi tidak mendapat sambutan sebaik satu lagi permainan oleh Nintendo iaitu Fire Emblem Heroes. Namun, ia masih lagi satu permainan yang menjana pendapatan melebihi permainan-permainan Nintendo yang lain seperti Super Mario Run dan juga Animal Crossing.

Dragalia Lost boleh lagi dimuat turun di iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini