Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, Samsung akhirnya mengumumkan secara rasmi model terbaru untuk Samsung Galaxy A iaitu mengikut Samsung merupakan kategori telefon pintar Galaxy paling popular.

Mereka telah mengumumkan tiga pilihan berbeza iaitu Samsung Galaxy A33, Samsung Galaxy A53 dan Samsung Galaxy A73 dengan ketiga-tiga model ini menyokong 5G.

Samsung Galaxy A73

Galaxy A73 hadir dengan paparan bersaiz 6.7 inci yang menggunakan panel SAMOLED+ dengan resolusi FHD+ ataupun 1080 x 2400, bagi kadar segar semula ia menyokong sehingga 120Hz. Ia dijanakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 778G dengan RAM 8GB.

Bagi storan dalaman ia ditawarkan dengan satu pilihan iaitu 256GB sahaja akan tetapi ia menyokong mikroSD sehingga 1TB jika anda memerlukan storan tambahan. Bagi kapasiti bateri pula, ia hadir dengan saiz 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy A73 5G ditawarkan dengan harga RM2,099 dengan pilihan warna Awesome Peach, Awesome Blue, Awesome White, Awesome Black dan Awesome Mint.

Samsung Galaxy A53

Bagi Samsung Galaxy A53 ia hadir dengan paparan yang sama dengan Galaxy A73 akan tetapi dengan saiz yang lebih kecil iaitu 6.5 inci. Cip pemprosesan juga berbeza di mana ia menggunakan Exynos 1280 berbanding Snapdragon, manakala RAM adalah sama iaitu 8GB.

Storan dalaman pula ia juga ditawarkan dengan satu pilihan sahaja iaitu 256GB dan menyokong mikroSD sehingga 1TB. Bagi kapasiti bateri pula, ia hadir dengan saiz 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy A53 5G ditawarkan dengan harga RM1,849 dengan pilihan warna Awesome Peach, Awesome Blue, Awesome White, dan Awesome Black.

Samsung Galaxy A33

Sebagai pilihan yang paling murah untuk siri ini, Samsung Galaxy A33 hadir dengan saiz skrin yang lebih kecil iaitu 6.4 inci, selain itu, ia juga menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz. Namun, cip pemprosesan ia menggunakan cip Exynos 1280 yang sama dengan 8GB RAM.

Storan dalaman juga lebih kecil iaitu 128GB sahaja akan tetapi dengan sokongan mikroSD sehingga 1TB, storan yang kecil bukanlah satu masalah. Kapasiti bateri adalah sama iaitu 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy A33 5G ditawarkan dengan harga RM1,499 dengan pilihan warna Awesome Peach, Awesome Blue, Awesome White, dan Awesome Black.

Pratempahan

Sesi pratempahan untuk Samsung Galaxy A53 5G telah dibuka dan berlangsung sehingga 25 Mac 2022 dengan peranti akan mula dihantar bermula pada 28 Mac. Sementara itu pratempahan untuk Samsung Galaxy A73 5G dan Galaxy A33 5G buka sehingga 13 April 2022 dan peranti dihantar pada 14 April 2022. Ia boleh dilakukan melalui laman Samsung ataupun di kedai rasmi Samsung kecuali A73 yang boleh di pratemaph melalui kedai rasmi sahaja.

Sohor Kini