Free Fire Akan Menerima Kostum Dan Emote Yang Direka Oleh BTS

Pada awal bulan ini, Garena telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan acara kolaborasi bersama dengan kumpulan k-pop popular iaitu BTS. Hari ini mereka telah berkongsi lanjut mengenai acara tersebut yang akan mempunyai aktiviti di dalam permainan dan juga di luar permainan.

Kempen yang digelar sebagai Gen FF ataupun Generation Free Fire akan bermula pada 23 Mac dengan aktiviti di dalam permainan, termasuk juga dapat menjumpai pelbagai banner serta karya berdasarkan BTS di dalam permainan.

Bermula pada 24 Mac, pemain juga boleh dapatkan barangan kosmetik khusus untuk acara kolaborasi ini dengan kostum dan emote yang direka oleh ahli BTS sendiri.

Selain acara dan barangan di dalam permainan, mereka juga akan mempertontonkan dua episod rancangan aneka ragam ‘The Free Fire x BTS Show’ yang akan melibatkan kesemua ahli BTS yang melakukan pelbagai aktiviti termasuk juga bermain Free Fire.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini