Steam telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan Simfest: Hobby Edition bermula pada 29 Mac sehingga 5 April 2022 yang akan memfokuskan kepada permainan-permainan berdasarkan simulasi hobi dan juga pekerjaan.

Semasa acara ini berlangsung akan terdapat pelbagai penstriman yang berkongsi mengenai maklumat terbaru untuk sesuatu permainan dan juga jualan promosi bagi permainan-permainan yang terlibat, antaranya adalah Planet Zoo, PowerWash Simulator, House Flipper dan PC Building Simulator.

Anda boleh baca maklumat lanjut dan juga melihat jadual-jadual penstriman di pautan ini.

Sohor Kini