Kachishop telah mengumumkan yang mereka secara rasmi menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia, ia merupakan platform yang membolehkan pemain membeli barangan untuk permainan mudah alih seperti Mobile Legends, PUBG Mobile dan State of Survival.

Bersempena dengan pelancaran ini, satu promosi dianjurkan iaitu ‘Rujuk dan Dapat’ yang sekarang berlangsung sehingga 22 April. Pemain berpeluang untuk mendapatkan sehingga 2,196 berlian Mobile Legends: Bang Bang dengan merujuk kenalan ke Kachishop.

Selain itu, pembeli juga akan mendapat 50% kupon diskaun untuk digunaka di Kachishop, dan 70 berlian untuk transaksi pertama. Buat masa ini, ia adalah hanya terhad untuk permainan Mobile Legends sahaja dan anda boleh rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut.

Kachishop di Malaysia menyokong pembayaran menggunakan pelbagai cara termasuk juga dompet digital seperti Touch ‘n Go, GrabPay dan Boost.

Sohor Kini