Lebih kurang setahun yang lepas, kami sudah laporkan yang Jade Raymond iaitu veteran di dalam industri permainan video telah menubuhkan studio baharu iaitu Haven Studios selepas meninggalkan Stadia Games & Entertainment yang ditutup oleh Google.

Projek pertama studio tersebut adalah permainan multi-pemain mercu yang dibangunkan dengan kerjasama bersama dengan PlayStation. Hari ini, PlayStation telah mengumumkan yang mereka mengambil alih Haven Studios dan secara langsung menjadikan studio tersebut sebahagian daripada PlayStation Studios.

Selepas pengambil-alihan ini, tidak banyak perubahan yang berlaku dengan Jade Raymond akan terus mengetuai studio ini akan tetapi beliau mengatakan yang ini akan memberi mereka peluang untuk bekerjasama dengan studio-studio seperti Guerrilla, Naughty Dog, Media Molecule dan Insomniac Games.

Sohor Kini