CD Projekt Red telah mengumumkan yang permainan baharu The Witcher sedang dibangunkan, dan berbanding menggunakan enjin permainan mereka sendiri iaitu REDengine mereka beralih dengan menggunakan Unreal Engine 5 iaitu enjin permainan oleh Epic Games.

Mereka juga mengatakan yang ia akan dibangunkan dengan kerjasama bersama dengan Epic Games, bukan sahaja dari segi pelesenan enjin tetapi juga dari segi bantuan teknikal. Namun, mereka mengatakan yang ia bermaksud yang permainan seterusnya The Witcher akan menjadi permainan eksklusif di mana-mana platform contohnya Epic Games Store.

Walaupun mereka tidak menyatakan sebab akan tetapi berkemungkinan besar ia disebabkan oleh kualiti yang kurang baik untuk Cyberpunk 2077. Menggunakan enjin permainan juga akan menyukarkan untuk mencari pembangun yang berpengalaman, berbanding Unreal Engine yang digunakan oleh ramai pembangun-pembangun lain.

Mereka mengatakan yang REDengine akan terus digunakan untuk kandungan-kandungan tambahan bagi Cyberpunk 2077.

Pengarah PR untuk CD Projekt Red juga mengatakan yang permainan baharu tidak semestinya The Witcher 4 dan sekadar mengatakan yang ia adalah permulaan baharu untuk siri ini. Maklumat lanjut mengenai watak, penceritaan tidak akan dibincangkan dalam masa terdekat.

Permainan terakhir untuk The Witcher 3 dikeluarkan pada tahun 2015 dan menjadi permainan yang paling laris bagi mereka, dan menjadi sumber kewangan utama untuk CD Projekt Red bagi beberapa tahun selepas pelancaran.

Sohor Kini