Satu perkara yang unik mengenai Fortnite yang menjadikan ia satu permainan yang berlainan dengan battle royale adalah kebolehan untuk membina, pada masa sama ia juga merupakan satu fungsi yang mungkin membuatkan ramai pemain baharu tidak ingin mencuba permainan ini.

Melalui musim baharu, iaitu Chapter 3, Season 2: Resistance, Epic Games telah membuang fungsi membina tersebut dan menggantikannya dengan Overshield. Ia adalah satu lagi perisai bersama dengan perisai biasa dan juga nyawa. Overshield boleh kembali menjadi penuh telah habis ditembak.

Anda boleh tonton video pengumuman untuk musim baharu ini di bawah.

Selain Overshield, beberapa penambahan untuk pergerakan juga disertakan iaitu berlari akan mempunyai satu tahap lagi yang lebih laju tetapi terhad untuk masa terhad, untuknya spring meter akan disertakan.

Selain itu, pemain juga kini boleh mencapai bangunan yang berada lebih jauh dengan berpaut di bahagian tepi bangunan. Pemain juga boleh membuka pintu dengan cepat sama ada dengan berlari ke arah pintu ataupun slide.

Fungsi membina hanya dibuang untuk mod biasa sahaja manakala Competitive dan juga Arena masih lagi mempunyai fungsi tersebut. Ia juga mungkin perubahan yang sementara sahaja, kerana membina adalah satu fungsi yang menjadi DNA untuk permainan ini.

Manakala bagi Battle Pass, pemain boleh dapatkan kostum berdasarkan Doctor Strange, Tsuki 2.0, Gunnar, The Imagined, Kiara K.O., The Origin, Erisa dan yang akan tiba kemudian Prowler.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini