Laman berita Perancis iaitu Allocine telah melaporkan yang permainan A Plague Tale: Innocence akan diadaptasi menjadi siri TV dan akan diarahkan oleh Mathieu Turi iaitu pengarah untuk filem Hostile dan juga pembantu pengarah untuk Inglourious Bastards yang diarahkan oleh Tarantino.

Beliau juga telah mengesahkan perkara ini melalui satu perkongsian di Twitter.

A Plague Tale: Innocence adalah permainan yang dibangunkan oleh Asobo Studio dan diterbitkan oleh Focus Home pada tahun 2019. Ia juga akan menerima permainan susulan iaitu A Plague Tale: Requiem yang dijangka tiba sekitar tahun ini.

A Plague Tale: Innocence memfokuskan kepada Amicia de Rune bersama dengan adiknya Hugo yang diburu oleh tentera kerana penyakit misteri yang dihadapi oleh Hugo, tentera itu juga telah membunuh keluarganya termasuk juga ibunya yang cuba mencari penawar.

Buat masa ini masih tidak disahkan lagi senarai pelakon dan juga tarikh siaran untuknya.

Sohor Kini