Ubisoft telah mengumumkan yang Brawlhalla telah menerima watak baharu yang juga watak ke-55 untuk permainan tersebut iaitu Arcadia yang merupakan Permaisuri untuk Faerie. Dia menggunakan pedang besar dan lembing sebagai senjata.
Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.
Selain menggunakan dua jenis senjata, Arcadia juga boleh menggunakan kumbang untuk melakukan serangan dan juga mengelak daripada terjatuh, selain turut mempunyai sayap yang membolehkan dia terbang.
Arcadia boleh didapatkan dengan 7200 Gold dan tiga kostum untuknya juga boleh dibeli dengan 140 Mammoth Coins setiap satu.
Brawlhalla sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.