EA dan Maxis telah mengumumkan kemaskini baharu untuk The Sims iaitu Neighborhood Stories System, melaluinya ia akan menjadikan watak-watak lain di kawasan The Sims anda akan mempunyai kehidupan sendiri dengan mereka boleh melakukan pelbagai pilihan seperti;

  • Mengambil anak angkat ataupun melahirkan anak sendiri
  • Membela anjing ataupun kucing
  • Menyertai kerjaya ataupun bersara
  • Berpindah
  • Mati

Pemain boleh menentukan untuk membuka kesemua sistem ini ataupun untuk watak-watak tertentu sahaja dan juga menutup kesemuanya dan bermain seperti biasa. Pemain boleh melihat perkara terbaru yang berlaku menggunakan mailbox ataupun melawat sendiri mereka.

The Sims 4 bermula hari ini juga akan menerima penambahan The Sims 4 Decor to the Max Kit yang menyertakan pelbagai lagi barangan untuk menghias rumah.

The Sims 4 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini